3 Benda yang Selalu Pelajar UKM Buat Sepanjang Study Week


Bila bercerita tentang minggu belajar atau lebih dikenali sebagai "study week", sudah semestinya pelbagai memori bermain-main di benak kepala anda. Sewaktu minggu ini lah macam-macam yang berlaku. Benda yang anda tidak pernah buat, anda akan cuba buat. Walaupun tujuan sebenar minggu ini diwujudkan untuk memberi peluang mengulang kaji topik yang ketinggalan, tetapi segelintir daripada kita akan mula buat benda pelik-pelik! Tak percaya? Jom baca selanjutnya :)

1. Menjerit tidak tentu hala pada bila-bila masa di mana jua

Anda pernah mengalami atau tengok orang (perempuan) terjumpa lipas? Sudah tentu pernah kan. Ok sewaktu mereka jumpa lipas atau haiwan geli-geli yang lain, apa yang mereka buat? Mereka jerit-jerit betul? Tak pun menyumpah lipas tu.

Berdasakan analisis dan hipotesis kami, KEMUNGKINAN BESAR sewaktu study week, banyak lipas-lipas yang membiak dan muncul  menyebabkan lebih ramai pelajar menjerit dan menimbulkan suasana meriah di kolej masing-masing *husnozon* 

2. Kirim kawan beli makanan

Disebabkan seminggu ini tiada kelas, jadi anda bercadang untuk meluangkan masa sepenuhnya di dalam bilik sendiri dan "kononnya study". Bila anda nampak kawan bilik depan/sebelah siap-siap cantik bergaya, anda seakan tahu mereka mahu keluar pergi makan. Jadi dengan membuat muka ajet comel, anda memujuk mereka membelikan makanan untuk anda. Emmmm kesian member tu nak kena bawa 2 bekas (satu untuk dia dan satu lagi untuk anda) waktu balik cafeteria nanti. Tapi........ anda kisah apa mereka kena bawak 2 bekas pun?! muahaha *gelak jahat* 

3. Gatal kaki nak berjalan sana sini

Waktu study week, muncul la member-member yang mengajak anda jalan-jalan ke Midvalley - Pavilion - The Mines, etc. Lantas anda pun bersetuju nak keluar sekali dan alasan yang selalu digunakan....
"alaaa sekali sekala je keluar. release tension.. aku penat giler kot asyik study je"
Hakikatnya baru je mula belajar time study week.Waktu kuliah / makmal dulu, smua tidur je hahaha

p/s: stress sangat ke study sampai terjerit-jerit dalam bilik? Kalau roomate admin macam tu, admin bagi dia makan ubat gegat hihi. Hormat orang lain yang tengah study pleaseee